Khalifah Uthman bin Affan

Posted on August 7, 2009 - Filed Under Students' Blog | Leave a Comment

Khalifah Uthman bin Affan berasal daripada Bani Umaiyah. Beliau lahir pada tahun 576M.. Nama sebenarnya, Uthman bin Affan bin Abil As bin Umaiyah. Beliau terkenal sebagai hartawan yang dermawan, bersifat lemah lembut, bertolak ansur, dan mempunyai sikap simpati yang tinggi terhadap golongan yang memerlukan. Beliau digelarkan Zun Nurain (mempunyai dua cahaya) kerana pernah mengahwini dua orang puteri Nabi Muhammad s.a.w. selepas salah seorang daripadanya meninggal dunia.

Perlantikan Saidina Uthman bin Affan mejadi khalifah adalah melalui majlis syura. Sebelum Khalifah Umar bin al-Khattab meninggal dunia, enam orang calon yang layak telah dicadangkan termasuklah beliau dan Saidina Ali bin Abu Talib.  Dalam mesyuarat yang telah diadakan selepas Khalifah Umar meninggal dunia, Saidina Ali dan Saidina Uthman telah mendapat undi yang sama banyak. Abdul Rahman bin Auf yang menjadi pengerusi mesyuarat telah meninjau pendapat orang ramai tentang isu tersebut. Akhirnya, dengan persetujuan orang ramai Saidina Uthman telah dilantik menjadi khalifah yang ketiga.

Dari segi politik, Khalifah Uthman berjaya meluaskan wilayah Islam hingga ke Afghanistan, Samarkand, Cyprus dan Tripoli. Beliau juga telah bertanggungjawab mengukukkan pertahanan negara dengan membina angkatan tentera laut Islam yang di anggap sebagai yang pertama dalam sejarah pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.

Apabila agama Islam semakin tersebar luas, berlakulah kepelbagaian cara bacaan (qiraat) ayat al-Quran di  pelbagai wilayah itu. Untuk meyelaraskan bacaan tersebut, Khalifah Uthman telah mengistiharkan sebuah naskah al-Quran yang dikenali sebagai Mushaf Uthmani. Semasa pemerintahanya, Khalifah Uthman juga telah membina jalan raya, jambatan dan rumah rehat bagi kemudahan para pengembara.

Beliau telah meneruskan usaha mempertingkatkan ekonomi dengan mengukuhkan peranan baitulmal dengan menggunakannya untuk membiayai pembangunan negara dan juga memperkuat angkatan tentera laut Islam seperti membeli peralatan senjata dankapa. Jizjah yang dikenakan kepada penduduk bukan Islam juga dikekalkan dan merupakan antara sumber pendapatan baitulmal.

Comments

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

  • About

    This is an area on your website where you can add text. This will serve as an informative location on your website, where you can talk about your site.