Sumbangan Khulafa al-Rasyidin

Posted on July 27, 2009 - Filed Under Students' Blog | Leave a Comment

Khalifah Abu Bakar al-Siddiq

            Khalifah Abu Bakar berketurunan Bani Tamim dan dilahirkan pada tahun 537 M. Nama sebenarnya ialah Abdullah bin Abu Quhafah. Beliau dikenali sebagai al-Siddiq, yang bermaksud yang membenarkan kerana beliau sentiasa menyakini kebenaran kata-kata Nabi Muhammad s.a.w.. Selain itu, beliau juga bersifat jujur,ikhlas dan setia kepada baginda.

 

           Setelah Nabi Muhammad s.a.w. wafat, orang Ansar bercadang untuk melantik Saad bin Ubadah sebagai pemimpin untuk menggantikan baginda. Apabila perkara ini diketahui oleh golongan Muhajirin, suatu pertemuan untuk membincangkan perkara tersebut telah diadakan oleh kedua-dua pihak. Atas cadangan Saidina Umar, mereka bersetuju memilih dan melantik Saidina Abu Bakar menjadi khalifah kerajaan Islam Madinah.

 

             Sebagai pentadbir kerajaan Islam Madinah, Khalifah Abu Bakar telah berjaya mengatasi masalah perpecahan yang melanda masyarakat Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.. Perpecahan ini berpunca daripada kewujudan orang Islam yang murtad dan gerakan golongan al-Riddahyang telah menyalahtafsirkan ayat al-Quran hingga tidak mahu membayar zakat. Ketegasan Khafilah Abu Bakar yang telah mengambil terhadap mereka yang terbabit telah mendapat sokongan seluruh ahli masyarakat. Di sini sebagai pemimpin, Khalifah Abu Bakar telah menjadi sumber teladan kepada mereka.

 

              Pemerintahan Khalifah Abu Bakar turut memperlihatkan keupayaan beliau mempertahankan Madinah daripada ancaman kuasa luar,iaitu kerajaan Parsi di sebelah timur dan kerajaan Rom Timur (Byzantine) di sebelah barat. Contohnya,beliau telah menghantar panglima perang, Khalid bin al-Walid, menentang angkatan tentera Parsi di Iraq dan Usamah bin Zaid ke Ghassan. Kedua-dua ekspedisi ini telah berjaya mengalahkan musuh Islam.

 

            Khalifah Abu Bakar yang telah berusaha melicinkan lagi pentadbiran kerajaan dengan membahagikan Tanah Arab kepada sepuluh wilayah ,iaitu Makkah, Taif, Yaman, al-Jund, Khalwan, Bahrin, Jarsh, Zabid, Hadhramaut, dan Nijran, serta melantik seorang ketua atau amir untuk mentadbir wilayah ini.

 

           Beliau juga telah memperkenalkan bayaran gaji untuk tentera melalui hasil harta rampasan perang, undang-undang tanah, dan hak rakyat terutama berkaitan dengan golongan mawali. Antara sumbangan beliau yang terbesar termasuklah usaha mengumpulkan tulisan al-Quran. Kematian ramai hafiz al-Quran sewaktu menentang golongan al-Riddah telah membimbangkan beliau dan ini seterusnya mendorong beliau memerintahkan Zaid bin Thabit supaya menghimpunkan tulisan ayat al-Quran pada batu, kulit binatang, kayu dan tulang serta menyalinnya semula. Salinan ayat al-Quran yang dihimpunkan itu kemudian disimpannya. Salinan itu seterusnya telah disimpan oleh Khalifah Umar bin al-Khattab, Hafsah (isteri Nabi Muhammad s.a.w.) dan Khalifah Uthman bin Affan. Sebagai pengiktirafan kepada kejayaan dan sumbangan beliau, Khalifah Abu Bakar telah digelar Penyelamat Umat Islam.

Comments

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

  • About

    This is an area on your website where you can add text. This will serve as an informative location on your website, where you can talk about your site.