Khalifah Umar bin al-Khattab

Posted on July 17, 2009 - Filed Under Uncategorized | Leave a Comment

 

Khalifah Umar bin al-Khattab berasal daripada Bani Adi dan dilahirkan pada tahun 583 M. Nama sebenarnya, Umar bin al-Khattab bin Naufal, berketurunan Quraisy. Beliau terkenal dengan sifat berani, tegas, dan berterus-terang. 

         Pelantikannya telah dicadangkan oleh Khalifah Abu Bakar al-siddiq, iaitu pada ketika Khalifah Abu Bakar sakit. Cadangan ini telah dipersetujui oleh para sahabat dan orang ramai.

 

         Jangka masa pemerintahan  Khalifah Umar dianggap sebagai Zaman Keemasan kerajaan Islam di Madinah kerana banyak pembaharuan dan perubahan yang telah berjaya dilakukannya.

 

          Dalam bidang politik, Khalifah Umar telah memperkenalkan dasar pentadbiran dan pelantikan pengawai. Beliau telah menubuhkan majlis syura yang dianggotai oleh wakil golangan Muhajirin dan Ansar. Beliau telah membahagikan jajahan takluk Islam kepada beberapa wilayah dan melantik wali atau gabenor sebagai ketua yang bertindak awam dan panglima tentera.

 

           Khalifah Umar juga telah menubuhkan beberapa jabatan penting seperti Jabatan Tentera, Jabatan Polis, jabatan Percukaian dan Jabatan Perbendaharaan Negara. Setiap jabatan ini diketuai oleh katib atau setiausaha. Jabatan Kehakiman pula telah dipisahkan daripada jabatan lain dan untuk mengelakkan salah laku oleh hakim, mereka telah diberikan gaji bulanan yang tinggi, iaitu sekitar 500 Ringgit Malaysia dirham .

 

            Dalam bidang sosial terutama pendidikan, Khalifah Umar telah mengembangkan pengajaran al-Quran dengan menyediakan tempat pembelajaran di kawasan masjid dan beliau juga telah menghantar guru agama ke pelbagai wilayah untuk mengembangkan pendidikan. Contohnya, Abu Sufyan pernah dihantar untuk mengajar orang Badwi di kawasan pedalaman. Khalifah Umar juga telah memperkenalkan calendar Islam dengan menjadikan tahun Hijrah sebagai titik permulaan pengiraan tahun menurut Islam.

 

            Khalifah Umar telah menyusun sistem  ketenteraan dengan membentuk tentera tetap dan tentera sukarela. Tentera tetap telah diberikan gaji dan pakaian seragam. Markas tentera juga telah dibina di bandar utama manakala kubu pertahanan telah dibina di sempadan yang menghadap negara musah seperti di Madinah, kufah, Fustat dan Basrah.

 

             Untuk mempertingkatkan ekonomi, Khalifah Umar telah membina terusan dan tali air  untuk menambahkan lagi hasil pertanian seperti Empangan Abu Musa di Basrah dan Terusan Amirul Mukminin sepanjang 111 kilometer di Mesir. Rakyat telah digalakkan meneroka tanah baru untuk pertanian di samping mengusahakan tanah terbiar.

 

             Khalifah Umar juga telah memperkenalkan pelbagai jenis cukai. Cukai jizyah yang dikenakan terhadap golongan zimmi juga tidak memberatkan. Cukai kharaj pula dikenakan berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah. Tanaman barli dikenakan kharaj sebanyak satu dirham, untuk gandum dikenakan cukai dua dirham, sementara anggur dikenakan cukai 10 dirham. Bagi mengawal aliran masuk pendapatan negara melalui sistem jizyah dan kharaj, maka, baitulman juga telah didirikan olek Khalifah Umar. Dengan kejayaan dan sumbangannya yang besar ini, Khalifah Umar telah diberikan gelaran Amirul Mukminin atau Panglima Mukmin.

 

 

Zimmi – Golongan bukan Islam yang memilih untuk mengekalkan agama asal mereka tetapi rela hidup di bawah pemerintahan islam. Mereka dijamin kehidupan yang aman dan bebas daripada perkhidmatan ketenteraan dan pembayaran zakat, namun, mereka dikenakan jizyah.

Comments

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

  • About

    This is an area on your website where you can add text. This will serve as an informative location on your website, where you can talk about your site.