Kerajaan Khulafa al-Rasyidin
Posted on July 17, 2009 - Filed Under Students' Blog | Leave a Comment
Nabi Muhammad s.a.w. setelah berhijrah ke Madinah pada tahun 622 M. telah membentuk sebuah pemerintahan Islam. Baginda berjaya menyatupadukan golongan Islam dan bukan Islam. Perlembagaan Madinah yang digubal pada tahun 622 M. lebih menyerlahkan peranan Nabi Muhammad s.a.w.sebagai pemimpin kerajaan Islam sehingga Madinah menjadi pusat pemerintahan dan bukan sebagai pusat perdagangan semata-mata.
Selepas Nabi Muhammad s.a.w. wafat pada tahun 632 M. system pemerintahan kerajaan Islam yang diasaskan oleh baginda telah diteruskan melalui sistem pentadbiran yang diketuai oleh khalifah. Zaman pemerintahan khalifah dikenali sebagai zaman Khulafa al-Rasyidin. Tokoh-tokoh yang memegang jawatan ini ialah Saidina Abu Bakar al-Siddiq, Saidina Umar bin al-Khattab, Saidina Uthman bin Affan dan Saidina Ali bin Abu Talib.
NAMA KHALIFAH |
KETURUNAN |
MASA PEMERINTAHAN |
1. Khalifah Abu Bakar al-Siddiq
|
Bani Tamim |
632-634 M. |
2. Khalifah Umar bin al-Khattab
|
Bani Adi |
634-644 M. |
3. Khalifah Uthman bin Affan
|
Bani Umaiyah |
644-656 M. |
4. Khalifah Ali bin Abu Talib
|
Bani Hasyim |
656-661 M. |
Kewujudan sistem penggantian pemimpin untuk meneruskan pemerintahan ini, menunjukkam bahawa umat Islam tetap bersatu dan dapat mengatasi masalah kepimpinan yang timbul selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.
Konsep khalifah
Khalifah ialah perkataan dalam bahasa Arab yang bererti pengganti (kata jamaknya, khulafa). Dalam konteks ini khalifah bermaksud pengganti yang melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran kerajaan yang sebelumnya telah dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.. Dalam konteks agama pula perkataan ini bermaksud tanggungjawab memeihara kemurnian agamaIslam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan juga tanggungjawab mengekalkan keharmonian serta kestabilan umat Islam.
Syarat dan Cara Pemilihan Khalifah
Dalam pemilihan khalifah, beberapa syarat atau kriteria perlu dipenuhi oleh seseorang calon khalifah. Calon tersebut mestilah lelaki yang merdeka, beragama Islam, memiliki pengetahuan tentang Islam, mematuhi perintah Allah, sanggup melaksanakan hukum Allah, bersifat adil dan mempunyai akhlak yang baik. Calon juga hendaklah mempunyai tubuh yang sihat dan sempurna, berfikiran cerdas, warak dan pandai mentadbir kerajaan.
Kaedah pemilihan khalifah dalam Islam dapat dibahagikan kepada empat. Yang pertama, melalui musyawarah atau syura, dan ini berlaku sewaktu perlantikanSaidina Abu Bakar. Pada waktu itu, di Saqifah, golongan Ansar daripada Bani Saadah, hampir melantik khalifah daripada kalangan mereka. Namun atas cadangan Saidina Umar, dan dengan persetujuan ramai, akhirnya Saidina Abu Bakar telah dilantik sebagai khalifah. Kaedah kedua adalah dengan cadangan satu nama sahaja daripada khalifah terdahulu seperti perlantikan Saidina Umar. Nama beliau telah diusulkan oleh Saidina Abu Bakar sebelum kewafatannya. Kaedah ketiga adalah melalui pemilihan daripada beberapa orang calon. Ini berlaku semasa perlantikan Saidina Uthman bin Affan. Sejumlah enam nama telah diusulkan dan Saidina Uthman bin Affan akhirnya telah terpilih. Kaedah keempat ialah pencalonan Saidina Ali bin Abu Talib. Walau bagaimanapun, kesemua kaedah ini melalui proses syura atau musyawarah di kalangan umat Islam dan diperkukuh dengan upacara angkat sumpah atau lafaz taat setia atau baiah semasa calon itu dilantik sebagai khalifah.
Proses syura dan baiah ini dapat menjamin pelantikan bakal pentadbir yang tepat, berkelayakan dan hemah tinggi. Dengan itu pentadbiran kerajaan atau negara menjadi lebih lancar. Setiap pemerintah yang dipilih pulahendaklah berusaha untuk menjadi pemimpin yang cemerlang dan berkemampuan untuk membawa kebahiaan umat Islam di dunia dan di akhirat. Syura bermaksud sebagai pemuafakatan atau konsensus. Di negara kita para pemimpin kita memang telah sentiasa mengamalkan prinsip ini malah prinsip ini telah diamalkan semenjak pemimpin kita menuntut kemerdekaan daripada British hinggalah kepada masa kini.
Warak bermaksud seseorang yang taat dan patuh kepada hukum Allah dan menjauhi segala larangan-Nya.
Musyawarah atau syura ialah permesyuaratan atau perundingan untuk mengambil keputusan tentang sesuatu perkara.
Baiah bermaksud perakuan sumpah taat setia yang diberikan kepada seseorang yang diberikan kepada kepada seseorang yang telah dilantik sebagai pemimpin. Terdapat juga baiah yang disertai dengan nama Allh sebagai sokongan.
Comments
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.