Khalifah Uthman bin Affan

Posted on August 7, 2009 - Filed Under Students' Blog | Leave a Comment

Khalifah Uthman bin Affan berasal daripada Bani Umaiyah. Beliau lahir pada tahun 576M.. Nama sebenarnya, Uthman bin Affan bin Abil As bin Umaiyah. Beliau terkenal sebagai hartawan yang dermawan, bersifat lemah lembut, bertolak ansur, dan mempunyai sikap simpati yang tinggi terhadap golongan yang memerlukan. Beliau digelarkan Zun Nurain (mempunyai dua cahaya) kerana pernah mengahwini dua orang puteri Nabi Muhammad s.a.w. selepas salah seorang daripadanya meninggal dunia.

Perlantikan Saidina Uthman bin Affan mejadi khalifah adalah melalui majlis syura. Sebelum Khalifah Umar bin al-Khattab meninggal dunia, enam orang calon yang layak telah dicadangkan termasuklah beliau dan Saidina Ali bin Abu Talib.  Dalam mesyuarat yang telah diadakan selepas Khalifah Umar meninggal dunia, Saidina Ali dan Saidina Uthman telah mendapat undi yang sama banyak. Abdul Rahman bin Auf yang menjadi pengerusi mesyuarat telah meninjau pendapat orang ramai tentang isu tersebut. Akhirnya, dengan persetujuan orang ramai Saidina Uthman telah dilantik menjadi khalifah yang ketiga.

Dari segi politik, Khalifah Uthman berjaya meluaskan wilayah Islam hingga ke Afghanistan, Samarkand, Cyprus dan Tripoli. Beliau juga telah bertanggungjawab mengukukkan pertahanan negara dengan membina angkatan tentera laut Islam yang di anggap sebagai yang pertama dalam sejarah pemerintahan Khulafa al-Rasyidin.

Apabila agama Islam semakin tersebar luas, berlakulah kepelbagaian cara bacaan (qiraat) ayat al-Quran di  pelbagai wilayah itu. Untuk meyelaraskan bacaan tersebut, Khalifah Uthman telah mengistiharkan sebuah naskah al-Quran yang dikenali sebagai Mushaf Uthmani. Semasa pemerintahanya, Khalifah Uthman juga telah membina jalan raya, jambatan dan rumah rehat bagi kemudahan para pengembara.

Beliau telah meneruskan usaha mempertingkatkan ekonomi dengan mengukuhkan peranan baitulmal dengan menggunakannya untuk membiayai pembangunan negara dan juga memperkuat angkatan tentera laut Islam seperti membeli peralatan senjata dankapa. Jizjah yang dikenakan kepada penduduk bukan Islam juga dikekalkan dan merupakan antara sumber pendapatan baitulmal.

Sumbangan Khulafa al-Rasyidin

Posted on July 27, 2009 - Filed Under Students' Blog | Leave a Comment

Khalifah Abu Bakar al-Siddiq

            Khalifah Abu Bakar berketurunan Bani Tamim dan dilahirkan pada tahun 537 M. Nama sebenarnya ialah Abdullah bin Abu Quhafah. Beliau dikenali sebagai al-Siddiq, yang bermaksud yang membenarkan kerana beliau sentiasa menyakini kebenaran kata-kata Nabi Muhammad s.a.w.. Selain itu, beliau juga bersifat jujur,ikhlas dan setia kepada baginda.

 

           Setelah Nabi Muhammad s.a.w. wafat, orang Ansar bercadang untuk melantik Saad bin Ubadah sebagai pemimpin untuk menggantikan baginda. Apabila perkara ini diketahui oleh golongan Muhajirin, suatu pertemuan untuk membincangkan perkara tersebut telah diadakan oleh kedua-dua pihak. Atas cadangan Saidina Umar, mereka bersetuju memilih dan melantik Saidina Abu Bakar menjadi khalifah kerajaan Islam Madinah.

 

             Sebagai pentadbir kerajaan Islam Madinah, Khalifah Abu Bakar telah berjaya mengatasi masalah perpecahan yang melanda masyarakat Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.. Perpecahan ini berpunca daripada kewujudan orang Islam yang murtad dan gerakan golongan al-Riddahyang telah menyalahtafsirkan ayat al-Quran hingga tidak mahu membayar zakat. Ketegasan Khafilah Abu Bakar yang telah mengambil terhadap mereka yang terbabit telah mendapat sokongan seluruh ahli masyarakat. Di sini sebagai pemimpin, Khalifah Abu Bakar telah menjadi sumber teladan kepada mereka.

 

              Pemerintahan Khalifah Abu Bakar turut memperlihatkan keupayaan beliau mempertahankan Madinah daripada ancaman kuasa luar,iaitu kerajaan Parsi di sebelah timur dan kerajaan Rom Timur (Byzantine) di sebelah barat. Contohnya,beliau telah menghantar panglima perang, Khalid bin al-Walid, menentang angkatan tentera Parsi di Iraq dan Usamah bin Zaid ke Ghassan. Kedua-dua ekspedisi ini telah berjaya mengalahkan musuh Islam.

 

            Khalifah Abu Bakar yang telah berusaha melicinkan lagi pentadbiran kerajaan dengan membahagikan Tanah Arab kepada sepuluh wilayah ,iaitu Makkah, Taif, Yaman, al-Jund, Khalwan, Bahrin, Jarsh, Zabid, Hadhramaut, dan Nijran, serta melantik seorang ketua atau amir untuk mentadbir wilayah ini.

 

           Beliau juga telah memperkenalkan bayaran gaji untuk tentera melalui hasil harta rampasan perang, undang-undang tanah, dan hak rakyat terutama berkaitan dengan golongan mawali. Antara sumbangan beliau yang terbesar termasuklah usaha mengumpulkan tulisan al-Quran. Kematian ramai hafiz al-Quran sewaktu menentang golongan al-Riddah telah membimbangkan beliau dan ini seterusnya mendorong beliau memerintahkan Zaid bin Thabit supaya menghimpunkan tulisan ayat al-Quran pada batu, kulit binatang, kayu dan tulang serta menyalinnya semula. Salinan ayat al-Quran yang dihimpunkan itu kemudian disimpannya. Salinan itu seterusnya telah disimpan oleh Khalifah Umar bin al-Khattab, Hafsah (isteri Nabi Muhammad s.a.w.) dan Khalifah Uthman bin Affan. Sebagai pengiktirafan kepada kejayaan dan sumbangan beliau, Khalifah Abu Bakar telah digelar Penyelamat Umat Islam.

Khalifah Ali bin Abu Talib

Posted on July 27, 2009 - Filed Under Students' Blog | Leave a Comment

Saidina Ali bin Abu Talib lahir pada tahun 602M..Beliau berasal daripada Bani hasyim, berketurunan Quraisy dan merupakan sepupu kepada nabi Muhammad s.a.w..beliao terkenal dengan sifat keberanian dan kepahlawannanya dan berwatak tegas serta berpengetahuan luas dalam perundangan Islam.

Saidina Ali dilantik menjadi khalifah selepas Khalifah Uthman meninggal dunia. Pelantikan Khalifah Ali mendapat sokongan suara terbanyak. Sesuai dengan kepakarannya dalam selok belok hukum,beliau telah banyak membantu menyelesaikan masalah yang berhubungan dengan masyarakat dan undang-undang Islam.

Dari sudut sosial, beliau sentiasa berusaha mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara. Misalya, dalam satu peperangan saudara,iaitu perang Siffin, walaupun tenteranya hampir mencapai kemenagan dalam peperangan tersebut, tetapi disebabkan ada pihak lawan yang telah mengagakat al-Quran, maka belaiu sanggup untuk menghentikan peperangan tersebut dan memulakan proses rundingan.

Biarpun mengutamakan keharmonian dan kedamaian,beliau tidak mengabaikan pertahanan negara dengan membina markas tentera si Parsi dan di sempadan Syria.

Untuk mengembangkan sistem ekonomi negara, kutipan jizyah diteruskan. Perkara ini dinyatakan dalam surat yang dihantarnya kepada al-Asytar. Khalifah Ali meminta beliau mengikat perjanjian dengan golongan zimmi untuk mengenakan jizjah kepada mereka.

Khulafa al-Rasyidin merupakan suatu sistem pemerintahan Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w..  Kepimpinan empat khalifah yang dibincangkan di atas amat menitikberatkan kesejahterahaan agama, rakyat dan negara. Dengan adanya perpaduan yang kukuh, kerajaan Islam diMadinah kemudiannya dapat berkembang menjadi sebuah negara yang kuat dan mempunyaikawasan pentadbiran yang luas. Kerajaan Islam di Madinah juga dapat menyaingi empayar Rom dan Parsi yang kuat juga telah menjalankan tugas dengan penuh kesedaran dan tanggungkawab. Mereka tidak mementingkan diri daqn tidak mengamalkan kehidupan mewa. Mereka telah berjuang untuk mengekalkan pembangunan, kesejahteraan, dan kebahagiaan rakyat jelata. Kejayaan dan keupayaan pemerintah menjalankan tugas dengan baik telah membolahkan golongan rakyat menikmati kesejahteraan dan kemakmuran hidup, maka, sewajarnyalah mereka memberikan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada pemerintah dan negara seperti yang dapat kita lihat pada Zaman Khulafa al-Rasyidin ini.

Tugas Khalifah

Posted on July 23, 2009 - Filed Under Students' Blog | Leave a Comment

 

 
Sebagai ketua negara, khalifah mempunyai tugas memelihara kedudukan agama Islam serta mentadbir Negara mengikut hokum syariah yang berpandukan al-Quran dan sunah. Khalifah juge berkewajipan menitikberatkan system politik, sosial dan ekonomi supaya berlaku keseimbangan antara keperluan rohani dengan jasmani.

 

Dalam bidang politik khalifah bertanggungjawab memastikan kelicinan pentadbiran Negara termasuk mempertahankan Negara Islam daripada ancaman musuh dan bertanggungjawab melantik, jika perlu, melucutkan jawatan pegawai pentadbiran. Dalam bidang sosial, khalifah bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat supaya dapat menikmati kehidupan yang sejahtera di dunia dan di akhirat. Khalifah juga bertanggungjawab menjaga dan meneruskan ajaran Allah yang telah disampaikan melalui Nabi Muhammad s.a.w., ,mengekalkan perpaduan ummah melalui konsep musyawarah atau syura dan memantapkan system perundangan Islam. Dalam bidang ekonomi pula, khalifah bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan dan perbendaharaan Negara juga bsitulmal serta mengatur pungutan kharaj, jizyah dan zakat.

 

 

Khalifah Umar bin al-Khattab

Posted on July 17, 2009 - Filed Under Uncategorized | Leave a Comment

 

Khalifah Umar bin al-Khattab berasal daripada Bani Adi dan dilahirkan pada tahun 583 M. Nama sebenarnya, Umar bin al-Khattab bin Naufal, berketurunan Quraisy. Beliau terkenal dengan sifat berani, tegas, dan berterus-terang. 

         Pelantikannya telah dicadangkan oleh Khalifah Abu Bakar al-siddiq, iaitu pada ketika Khalifah Abu Bakar sakit. Cadangan ini telah dipersetujui oleh para sahabat dan orang ramai.

 

         Jangka masa pemerintahan  Khalifah Umar dianggap sebagai Zaman Keemasan kerajaan Islam di Madinah kerana banyak pembaharuan dan perubahan yang telah berjaya dilakukannya.

 

          Dalam bidang politik, Khalifah Umar telah memperkenalkan dasar pentadbiran dan pelantikan pengawai. Beliau telah menubuhkan majlis syura yang dianggotai oleh wakil golangan Muhajirin dan Ansar. Beliau telah membahagikan jajahan takluk Islam kepada beberapa wilayah dan melantik wali atau gabenor sebagai ketua yang bertindak awam dan panglima tentera.

 

           Khalifah Umar juga telah menubuhkan beberapa jabatan penting seperti Jabatan Tentera, Jabatan Polis, jabatan Percukaian dan Jabatan Perbendaharaan Negara. Setiap jabatan ini diketuai oleh katib atau setiausaha. Jabatan Kehakiman pula telah dipisahkan daripada jabatan lain dan untuk mengelakkan salah laku oleh hakim, mereka telah diberikan gaji bulanan yang tinggi, iaitu sekitar 500 Ringgit Malaysia dirham .

 

            Dalam bidang sosial terutama pendidikan, Khalifah Umar telah mengembangkan pengajaran al-Quran dengan menyediakan tempat pembelajaran di kawasan masjid dan beliau juga telah menghantar guru agama ke pelbagai wilayah untuk mengembangkan pendidikan. Contohnya, Abu Sufyan pernah dihantar untuk mengajar orang Badwi di kawasan pedalaman. Khalifah Umar juga telah memperkenalkan calendar Islam dengan menjadikan tahun Hijrah sebagai titik permulaan pengiraan tahun menurut Islam.

 

            Khalifah Umar telah menyusun sistem  ketenteraan dengan membentuk tentera tetap dan tentera sukarela. Tentera tetap telah diberikan gaji dan pakaian seragam. Markas tentera juga telah dibina di bandar utama manakala kubu pertahanan telah dibina di sempadan yang menghadap negara musah seperti di Madinah, kufah, Fustat dan Basrah.

 

             Untuk mempertingkatkan ekonomi, Khalifah Umar telah membina terusan dan tali air  untuk menambahkan lagi hasil pertanian seperti Empangan Abu Musa di Basrah dan Terusan Amirul Mukminin sepanjang 111 kilometer di Mesir. Rakyat telah digalakkan meneroka tanah baru untuk pertanian di samping mengusahakan tanah terbiar.

 

             Khalifah Umar juga telah memperkenalkan pelbagai jenis cukai. Cukai jizyah yang dikenakan terhadap golongan zimmi juga tidak memberatkan. Cukai kharaj pula dikenakan berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah. Tanaman barli dikenakan kharaj sebanyak satu dirham, untuk gandum dikenakan cukai dua dirham, sementara anggur dikenakan cukai 10 dirham. Bagi mengawal aliran masuk pendapatan negara melalui sistem jizyah dan kharaj, maka, baitulman juga telah didirikan olek Khalifah Umar. Dengan kejayaan dan sumbangannya yang besar ini, Khalifah Umar telah diberikan gelaran Amirul Mukminin atau Panglima Mukmin.

 

 

Zimmi – Golongan bukan Islam yang memilih untuk mengekalkan agama asal mereka tetapi rela hidup di bawah pemerintahan islam. Mereka dijamin kehidupan yang aman dan bebas daripada perkhidmatan ketenteraan dan pembayaran zakat, namun, mereka dikenakan jizyah.

Kerajaan Khulafa al-Rasyidin

Posted on July 17, 2009 - Filed Under Students' Blog | Leave a Comment

Nabi Muhammad s.a.w. setelah berhijrah ke Madinah pada tahun 622 M. telah membentuk sebuah pemerintahan Islam. Baginda berjaya menyatupadukan golongan Islam dan bukan Islam. Perlembagaan Madinah yang digubal pada tahun 622 M. lebih menyerlahkan peranan Nabi Muhammad s.a.w.sebagai pemimpin kerajaan Islam sehingga Madinah menjadi pusat pemerintahan dan bukan sebagai pusat perdagangan semata-mata.

       Selepas Nabi Muhammad s.a.w. wafat pada tahun 632 M. system pemerintahan kerajaan Islam yang diasaskan oleh baginda telah diteruskan melalui sistem pentadbiran yang diketuai oleh khalifah. Zaman pemerintahan khalifah dikenali sebagai zaman Khulafa al-Rasyidin. Tokoh-tokoh yang memegang jawatan ini ialah Saidina Abu Bakar al-Siddiq, Saidina Umar bin al-Khattab, Saidina Uthman bin Affan dan Saidina Ali bin Abu Talib.

 

NAMA KHALIFAH

KETURUNAN

MASA PEMERINTAHAN

1.     Khalifah Abu Bakar al-Siddiq

 

Bani Tamim

632-634 M.

2.     Khalifah Umar bin al-Khattab

 

Bani Adi

634-644 M.

3.     Khalifah Uthman bin Affan

 

Bani Umaiyah

644-656 M.

4.     Khalifah Ali bin Abu Talib

 

Bani Hasyim

656-661 M.

 

       Kewujudan sistem penggantian pemimpin untuk meneruskan pemerintahan ini, menunjukkam bahawa umat Islam tetap bersatu dan dapat mengatasi masalah kepimpinan yang timbul selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

 

Konsep khalifah

Khalifah ialah perkataan dalam bahasa Arab yang bererti pengganti (kata jamaknya, khulafa). Dalam konteks ini khalifah bermaksud pengganti yang melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran kerajaan yang sebelumnya telah dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.. Dalam konteks agama pula perkataan ini bermaksud tanggungjawab memeihara kemurnian agamaIslam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan juga tanggungjawab mengekalkan keharmonian serta kestabilan umat Islam.

 

Syarat dan Cara Pemilihan Khalifah 

Dalam pemilihan khalifah, beberapa syarat atau kriteria perlu dipenuhi oleh seseorang calon khalifah. Calon tersebut mestilah lelaki yang merdeka, beragama Islam, memiliki pengetahuan tentang Islam, mematuhi perintah Allah, sanggup melaksanakan hukum Allah, bersifat adil dan mempunyai akhlak yang baik. Calon juga hendaklah mempunyai tubuh yang sihat dan sempurna, berfikiran cerdas, warak dan pandai mentadbir kerajaan.

         Kaedah pemilihan khalifah dalam Islam dapat dibahagikan kepada empat. Yang pertama, melalui musyawarah atau syura, dan ini berlaku sewaktu perlantikanSaidina Abu Bakar. Pada waktu itu, di Saqifah, golongan Ansar daripada Bani Saadah, hampir melantik khalifah daripada kalangan mereka. Namun atas cadangan Saidina Umar, dan dengan persetujuan ramai, akhirnya Saidina Abu Bakar telah dilantik sebagai khalifah. Kaedah kedua adalah dengan cadangan satu nama sahaja daripada khalifah terdahulu seperti perlantikan Saidina Umar. Nama beliau telah diusulkan oleh Saidina Abu Bakar sebelum kewafatannya. Kaedah ketiga adalah melalui pemilihan daripada beberapa orang calon. Ini berlaku semasa perlantikan Saidina Uthman bin Affan. Sejumlah enam nama telah diusulkan dan Saidina Uthman bin Affan akhirnya telah terpilih. Kaedah keempat ialah pencalonan Saidina Ali bin Abu Talib. Walau bagaimanapun, kesemua kaedah ini melalui proses syura atau musyawarah di kalangan umat Islam dan diperkukuh dengan upacara angkat sumpah atau lafaz taat setia atau baiah semasa calon itu dilantik sebagai khalifah.

          Proses syura dan baiah ini dapat menjamin pelantikan bakal pentadbir yang tepat, berkelayakan dan hemah tinggi. Dengan itu pentadbiran kerajaan atau negara menjadi lebih lancar. Setiap pemerintah yang dipilih pulahendaklah berusaha untuk menjadi pemimpin yang cemerlang dan berkemampuan untuk membawa kebahiaan umat Islam di dunia dan di akhirat. Syura bermaksud sebagai pemuafakatan atau konsensus. Di negara kita para pemimpin kita memang telah sentiasa mengamalkan prinsip ini malah prinsip ini telah diamalkan semenjak pemimpin kita menuntut kemerdekaan daripada British hinggalah kepada masa kini.

Warak bermaksud seseorang yang taat dan patuh kepada hukum Allah dan menjauhi segala larangan-Nya.

Musyawarah atau syura ialah permesyuaratan atau perundingan untuk mengambil keputusan tentang sesuatu perkara.

Baiah bermaksud perakuan sumpah taat setia yang diberikan kepada seseorang yang diberikan kepada kepada seseorang yang telah dilantik sebagai pemimpin. Terdapat juga baiah yang disertai dengan nama Allh sebagai sokongan.

About

Posted on June 13, 2009 - Filed Under Uncategorized | Leave a Comment

This is an example of an iSchool-Blog page, you could edit this to put information about yourself or your site so readers know where you are coming from. You can create as many pages like this one or sub-pages as you like and manage all of your content inside of iSchool-Blog.

Hello world!

Posted on June 13, 2009 - Filed Under Uncategorized | 1 Comment

Welcome to Eriko Wong Fong Sim’s Blog. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!

  • About

    This is an area on your website where you can add text. This will serve as an informative location on your website, where you can talk about your site.